Harga minyak melonjak susulan serangan Iran terhadap Israel

Minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa, meningkat sebanyak lima peratus kepada AS$75.40 setong dalam dagangan harian pada Selasa.
Minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa, meningkat sebanyak lima peratus kepada AS$75.40 setong dalam dagangan harian pada Selasa.
A
A
A

HARGA minyak dunia melonjak pada Selasa selepas Iran melancarkan peluru berpandu bertubi-tubi ke arah Israel, menyebabkan Timur Tengah semakin hampir kepada perang serantau skala penuh yang dikhuatiri peniaga boleh mengganggu bekalan tenaga ke pasaran global.

Minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa, meningkat sebanyak lima peratus kepada AS$75.40 setong dalam dagangan harian pada Selasa.

Penanda aras AS West Texas Intermediate juga meningkat lima peratus kepada AS$71.84 setong.

Peningkatan harga itu berlaku ketika peniaga dan penganalisis memberi amaran tentang potensi gangguan kepada eksport tenaga jika keganasan di Timur Tengah semakin meluas, dijangka infrastruktur tenaga di seluruh rantau yang menyumbang kira-kira satu pertiga daripada pengeluaran minyak global mungkin berisiko. - Agensi

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!