Bayi disahkan positif koronavirus 30 jam selepas lahir

Seorang juruteknik makmal menguji sampel pesakit untuk koronavirus. - Foto AFP
Seorang juruteknik makmal menguji sampel pesakit untuk koronavirus. - Foto AFP
A
A
A

BEIJING - Seorang bayi di Wuhan dilaporkan positif koronavirus hanya 30 jam selepas dia dilahirkan, sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa wabak itu boleh berjangkit ketika bayi di dalam rahim.

Menurut laporan penyiar CCTV, dua bayi telah dijangkiti wabak Wuhan dengan mangsa paling muda hanya berusia 30 jam.

"Ibu bayi baru lahir itu adalah pesakit yang disahkan dijangkiti koronavirus. Buat masa ini, tanda vital bayi stabil," katanya.

Doktor kanan di jabatan neonatal di Hospital Kanak-Kanak Wuhan, Dr. Zeng Lingkong berkata, kes itu adalah isyarat bahawa semua harus prihatin mengenai kemungkinan laluan penyebaran baharu koronavirus.

"Wanita hamil perlu menjauhi pesakit yang dijangkiti," katanya.

Difahamkan, Hospital Kanak-Kanak Wuhan telah mengasingkan kawasan untuk merawat wanita hamil dengan mereka yang disyaki. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!