Hamas puji serangan Iran ke atas Israel

Pasukan pejuang Hamas memuji serangan peluru berpandu 'heroik' Iran sebagai membalas dendam kematian pemimpin Hamas serta Hezbollah. Foto Reuters
Pasukan pejuang Hamas memuji serangan peluru berpandu 'heroik' Iran sebagai membalas dendam kematian pemimpin Hamas serta Hezbollah. Foto Reuters
A
A
A

GAZA - Pasukan pejuang Hamas memuji serangan peluru berpandu 'heroik' Iran sebagai membalas dendam kematian pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh serta pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah dan Brigedier Jeneral Iran, Abbas Nilforoushan.

"Kami mengucapkan tahniah kepada pelancaran roket kepahlawanan yang dilakukan oleh Kor Pengawal Revolusi Islam di Iran (IRGC), di kawasan yang luas di wilayah yang diduduki kami sebagai tindak balas terhadap jenayah pendudukan yang berterusan terhadap penduduk di rantau ini dan sebagai membalas dendam terhadap darah kepahlawanan negara kita yang syahid," kata Hamas.

Iran melepaskan peluru berpandu balistik ke arah Israel pada Selasa sebagai tindakan balas terhadap kempen provokasi Israel kepada Hizbullah di Lubnan.

Sementara itu, Israel pula melalui Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu berikrar "tindak balas yang menyakitkan" terhadap musuhnya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, IRGC berkata, serangan itu juga sebagai tindak balas terhadap pembunuhan Israel pada Julai lalu terhadap bekas ketua Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran.

Penduduk Palestin di Semenanjung Gaza, yang terlibat dalam peperangan hampir setahun dengan Israel, meraikannya sambil menyaksikan berpuluh-puluh roket dalam perjalanan ke Israel.

Beberapa roket itu jatuh di kawasan Palestin selepas dipintas oleh iron dome Israel, tetapi tidak menyebabkan kemalangan jiwa.

Pegawai kesihatan Palestin berkata, serangan Israel di seluruh Semenanjung Gaza membunuh sekurang-kurangnya 43 orang pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Hizbullah mula melancarkan roket ke Israel hampir setahun lalu, sebagai menyokong sekutunya Hamas dalam perang di Gaza. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!