Lelaki dicekup tidak sempat bawa barangan seludup
RANTAU PANJANG - Seorang lelaki yang mengambil upah membawa barangan runcit seludup dicekup Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Jalan Kasban Pak Teh Kana, Jeram Perdah di sini pada Selasa.
Tangkapan jam 4 petang itu dilakukan menerusi Op Taring Wawasan semasa suspek yang berusia 40 tahun memandu trak pikap jenis Mitsubishi Triton dalam keadaan mencurigakan.
Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut telah menjumpai pelbagai barangan runcit seludup yang bernilai RM3,000.
"Siasatan awal mendapati kesemua barangan terbabit diseludup untuk pasaran tempatan.
"Kes disiasat bawah Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983 dimana suspek serta barang rampasan diserahkan ke Komtak Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurut beliau, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!