Konflik Asia Barat: AS hanya main wayang, negara serantau perlu lebih tegas

Komitmen untuk menuntut gencatan senjata harus diteruskan namun menangani kebiadaban Israel perlu disertakan dengan hukuman. (Gambar hiasan) Foto Reuters
Komitmen untuk menuntut gencatan senjata harus diteruskan namun menangani kebiadaban Israel perlu disertakan dengan hukuman. (Gambar hiasan) Foto Reuters
A
A
A

KUALA LUMPUR - Negara-negara di seluruh dunia khususnya di Asia Barat seharusnya bertegas dengan Israel sejak awal dan tidak hanya mengambil pendirian berkecuali.

Menurut Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor, komitmen untuk menuntut gencatan senjata harus diteruskan namun menangani kebiadaban Israel perlu disertakan dengan hukuman.

“Sekatan ekonomi boleh digunakan, seluruh dunia perlu tampilkan komitmen ini, bukan setakat dengan kecaman atau kutukan.

“Memang tindakan Israel itu kejam dan zalim, maka ia perlu dihentikan dengan apa cara sekalipun.

“Kalau negara di seluruh dunia boleh bersepakat, tinggalkan Amerika dan sekutunya yang semakin mengecil, dunia boleh lakukan tindakan bersama,” katanya ketika muncul dalam program Agenda Awani, pada Selasa.

Dalam pada itu, konflik di Asia Barat dibimbangi akan semakin buruk jika Donald Trump kembali ke jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqfis, UUM, Prof Madya Dr Aminurraashid Yatiban berkata, kenyataan Amerika Syarikat yang mengutuk kekejaman Zionis hanyalah wayang yang dijangka akan berterusan sebaik peralihan kepimpinan dibuat.

“Kalau (pimpinan) kembali pada bekas presiden mereka yang dulu, ini akan menjadikan konflik semakin tegang.

Artikel Berkaitan:

“Jika kita ingat kembali, pada era beliaulah ibu negara Israel dipindahkan ke Baitulmaqdis. Beliau anggap Baitulmaqdis selama-lamanya milik Israel.

“Ini tidak dapat diterima masyarakat dunia, bukan saja Palestin,” katanya. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!