[VIDEO] Tikam pereka dalaman 20 kali, penganggur didakwa membunuh

A
A
A

PETALING JAYA - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, atas satu pertuduhan membunuh seorang pereka dalaman yang ditemukan meninggal dunia di sebuah unit pangsapuri di Bandar Sri Damansara dengan 20 kesan tikaman, hampir tiga minggu lalu.

Lim Wah Siong, 50, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret, Shahril Anuar Ahmad Mustapha.

Wah Siong (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu, bagi menghadapi satu pertuduhan membunuh seorang pereka dalaman, hampir tiga minggu lalu.
Wah Siong (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu, bagi menghadapi satu pertuduhan membunuh seorang pereka dalaman, hampir tiga minggu lalu.

Tiada pengakuan direkodkan kerana ia berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh Muhammad Sharqawi Abu Bakar, 36, di sebuah unit pangsapuri Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, di sini, pada jam 9 malam, 14 September lalu.

Wah Siong (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu, bagi menghadapi satu pertuduhan membunuh seorang pereka dalaman, hampir tiga minggu lalu.
Wah Siong (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu, bagi menghadapi satu pertuduhan membunuh seorang pereka dalaman, hampir tiga minggu lalu.

Dia yang memakai baju T berwarna biru, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 8 November depan untuk sebutan kes bagi laporan kimia dan bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

Dalam prosiding ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurain Syafiqeen Mohd Rozi sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 16 September lepas, media melaporkan seorang pereka dalaman berusia 36 tahun ditemukan meninggal dunia di sebuah unit pangsapuri di Bandar Sri Damansara dengan 20 kesan tikaman di seluruh badan, termasuk tangan dan kepala.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!