Perang Iran-Israel: Letupan kuat, asap tebal di lapangan terbang Beirut
BEIRUT - Letupan kuat kedengaran dan asap tebal kelihatan di langit berhampiran lapangan terbang di Beirut pada Rabu.
Dalam pada itu, tentera Israel memaklumkan pihak mereka terus menyerang sasaran Hizbullah di Beirut.
Dalam perkembangan lain, tentera Israel mengeluarkan arahan baharu untuk pemindahan di kawasan pinggir selatan Beirut pada awal pagi Rabu.
Israel turut memberi amaran mereka akan menyerang ke atas kubu utama Hizbullah.
Israel melancarkan lebih 20 serangan udara ke atas kubu utama Hizbullah di selatan ibu kota Lubnan, Beirut, yang menyaksikan kemusnahan besar-besaran di kawasan berpenduduk padat.
Serangan Israel yang bermula Jumaat lalu menyaksikan serangan udara berterusan selama lima jam awal pagi tadi dan masih berterusan sehingga sekarang. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!