Malaysia gesa semua pihak redakan ketegangan di Asia Barat

Malaysia gesa sekeras-kerasnya kepada semua pihak di Asia Barat untuk meredakan ketegangan semakin memuncak yang menjejaskan kestabilan rantau ini dengan segera. Foto Reuters
Malaysia gesa sekeras-kerasnya kepada semua pihak di Asia Barat untuk meredakan ketegangan semakin memuncak yang menjejaskan kestabilan rantau ini dengan segera. Foto Reuters
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia menggesa sekeras-kerasnya kepada semua pihak di Asia Barat untuk meredakan ketegangan semakin memuncak yang menjejaskan kestabilan rantau ini dengan segera.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pencerobohan dan serangan berterusan oleh Israel di Lubnan, Syria dan Yemen adalah percubaan disengajakan untuk mengalihkan tumpuan masyarakat global daripada kekejaman dan tindakan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

"Peningkatan ketegangan ini jelas bertujuan untuk mengekalkan pemimpin politik semasa Israel di tampuk kuasa dan mengelakkan daripada dipenjara, namun ia mengorbankan nyawa yang tidak bersalah di altar kerjaya politik seseorang.

"Kita mesti segera menghalang kitaran tindakan dan tindak balas berbahaya yang mengancam untuk menarik lebih banyak pihak ke dalam konflik, memperdalam lagi ketidakstabilan dan meluaskan skala kemusnahan," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Sehubungan itu, Anwar berkata, Malaysia menggesa semua pihak yang berkenaan mengambil tindakan segera untuk mengurangkan permusuhan dan mewujudkan syarat yang diperlukan untuk mengelakkan konflik serantau yang lebih luas daripada meletus.

Pada Rabu, Iran menerusi Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) melancarkan lebih 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel pada malam Selasa sebagai tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin pejuang yang disokong Tehran, mencetuskan kebimbangan di seluruh wilayah dan ikrar untuk membalas dendam.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!