Pemandu lori didakwa amang seksual anak tiri

Pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri.
Pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri.
A
A
A

MELAKA - Pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Rabu, atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri perempuannya yang berusia 12 tahun.

Tertuduh 39 tahun membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah beralamat 234, Felda Bukit Senggeh, Nyalas, Jasin antara jam 10.30 malam hingga 11 malam, pada 26 September lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Terhadap Kanak-kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16 akta yang sama, yang membawa kepada hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika disabitkan kesalahan.

Sebagai tambahan, dia boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan tidak kurang dua sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syazwanie Marizan bagaimanapun mencadangkan tiada jaminan ditawarkan kerana tertuduh merupakan bapa tiri kepada mangsa.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah diberikan kerana perlu mencari nafkah untuk menanggung isteri yang tidak bekerja selain tiga anak yang masih bersekolah serta anak bongsu baru berusia tujuh bulan.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh dan menetapkan 14 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!