Polis semak CCTV buru penunggang motosikal ragut rantai emas

Polis menjalankan semakan kamera rakaman litar tertutup (CCTV) lokasi kejadian samun rantai emas melibatkan seorang lelaki di Setia Alam.
Polis menjalankan semakan kamera rakaman litar tertutup (CCTV) lokasi kejadian samun rantai emas melibatkan seorang lelaki di Setia Alam.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis menjalankan semakan kamera rakaman litar tertutup (CCTV) lokasi kejadian samun rantai emas melibatkan seorang lelaki di Setia Alam di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

"Siasatan dijalankan berdasarkan kamera papan pemuka kereta mangsa serta semakan CCTV di sekitar lokasi kejadian.

"Kejadian itu merupakan kes pertama berlaku memandangkan keadaan di tempat yang terbuka serta tidak sunyi," katanya menerusi sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada Rabu.

Katanya, susulan itu orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada sebelum keluar dari kenderaan.

"Perhatikan kawasan sekitar dan sentiasa berhati-hati, jangan sesekali terleka dan memberi peluang untuk jenayah berlaku," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan rantai emas milik seorang penjual kereta diragut penunggang motosikal dalam kejadian di Setia Alam.

Laporan kemudiannya dibuat mangsa yang merupakan lelaki warga tempatan berumur 29 tahun pada jam 6.14 petang.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!