Kelantan sumbang RM100,000 bantu mangsa banjir di Kedah

Keadaan banjir di Kedah baru-baru ini. Foto Bernama (Gambar kecil: Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan)
Keadaan banjir di Kedah baru-baru ini. Foto Bernama (Gambar kecil: Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan)
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menyumbangkan RM100,000 bagi membantu mangsa banjir di Kedah.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kepimpinan serta rakyat negeri ini sangat bersimpati dengan nasib mangsa banjir di negeri jelapang padi itu.

"Kalau diikutkan banjir yang berlaku di sana sudah masuk musim kedua.

"Kami (Kerajaan Kelantan) bersetuju bagi bantuan kepada mangsa banjir melalui Kerajaan Kedah," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim di sini pada Rabu.

Hadir sama ialah, Exco Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan, Rohani Ibrahim.

Sebelum itu pada 22 September lalu pasukan Dapur Amal Kelantan telah melaksanakan Misi Bantuan Banjir ke Kedah selama seminggu.

Pasukan yang terdiri daripada sukarelawan Dapur Amal ini membawa bersama makanan dan peralatan memasak bagi menyediakan makanan kepada barisan hadapan yang bertungkus-lumus membantu mangsa banjir di Kedah.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!