Kelantan dijangka banjir besar, PPS ditambah

Mengikut jangkaan setiap 10 sekali Kelantan akan dilanda banjir besar sepertimana tahun 2014 lalu. Gambar fail Bernama
Mengikut jangkaan setiap 10 sekali Kelantan akan dilanda banjir besar sepertimana tahun 2014 lalu. Gambar fail Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menambah bilangan pusat pemindahan sementara (PPS) sebagai persiapan menghadapi banjir besar yang dijangka berlaku pada tahun ini.

Exco Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan, Rohani Ibrahim berkata, semua agensi yang terlibat dengan pengurusan bencana telah dipanggil untuk sesi taklimat sebagai persediaan.

"Mengikut jangkaan setiap 10 sekali Kelantan akan dilanda banjir besar sepertimana tahun 2014 lalu.

"Bagaimanapun kita berdoa supaya banjir besar tidak berlaku namun persiapan ke arah itu perlu dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim di sini pada Rabu.

Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim di sini pada Rabu.
Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim di sini pada Rabu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan fasa peralihan monsun dijangka bermula 24 September ini yang berterusan sehingga November depan.

Fasa tersebut menyaksikan negara bakal menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah.

Artikel Berkaitan:

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, permulaan fasa tersebut menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang bermula sejak 17 Mei 2024.

“Situasi ini boleh menggalakkan kejadian ribut petir yang membawa hujan lebat serta angin kencang dalam jangka masa yang singkat di kebanyakan kawasan barat dan pedalaman Semenanjung Malaysia, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.

“Keadaan cuaca sebegini berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” katanya menerusi kenyataan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!