Banjir di Kedah makin pulih

Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden (kiri) semasa turun menyantuni mangsa banjir di Kampung Suka Menanti, Alor Setar pada Selasa.
Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden (kiri) semasa turun menyantuni mangsa banjir di Kampung Suka Menanti, Alor Setar pada Selasa.
A
A
A

ALOR SETAR - Keadaan banjir di Kedah semakin pulih apabila jumlah mangsa kini telah menurun kepada 107 mangsa daripada 31 keluarga yang berlindung di dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 4.30 petang pada Rabu.

Jumlah mangsa telah menurun berbanding 1,114 orang daripada 359 keluarga yang berada di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 4.30 petang pada Selasa.

Menurut Info Bencana daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), cuaca yang baik juga menyaksikan 11 PPS yang berada di daerah Pokok Sena dan Baling telah ditutup.

Mangsa banjir kini hanya tertumpu di daerah Kota Setar yang berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Merah dan Sekolah Kebangsaan Titi Gajah.

Berdasarkan laman sesawang Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat jam 4 petang pada Selasa, Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR serta Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya di Kota Setar berada pada paras bahaya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!