Angka kematian di Lubnan meningkat kepada 1,873, lebih 9,000 cedera

Seorang wanita membawa kucing melepasi bangunan yang musnah di tapak serangan udara Israel semalaman di pinggir bandar Shayyah, selatan Beirut pada Rabu. Foto AFP
Seorang wanita membawa kucing melepasi bangunan yang musnah di tapak serangan udara Israel semalaman di pinggir bandar Shayyah, selatan Beirut pada Rabu. Foto AFP
A
A
A

BEIRUT - Unit Pengurusan Bencana Lubnan mengumumkan jumlah orang awam yang terbunuh dalam serbuan berterusan Israel ke atas Lubnan sejak 8 Oktober telah meningkat kepada 1,873 kematian dan 9,134 mengalami kecederaan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

"Bilangan orang yang dipindahkan dari kawasan yang terdedah kepada pencerobohan Israel telah melebihi satu juta, termasuk 155,600 yang berdaftar di pusat perlindungan," katanya.

Sejak 23 September, Israel melancarkan serangan 'paling ganas dan meluas' ke atas Lubnan, mengakibatkan 1,073 kematian, termasuk kanak-kanak dan wanita serta mencederakan 2,955 yang lain, menurut data daripada pihak berkuasa Lubnan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!