Penunggang warga emas maut kemalangan

Gambar kejadian kemalangan di Jalan Kuala Lumpur - Ipoh, Serendah, di sini, tular di media sosial.
Gambar kejadian kemalangan di Jalan Kuala Lumpur - Ipoh, Serendah, di sini, tular di media sosial.
A
A
A

HULU SELANGOR - Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di Jalan Kuala Lumpur - Ipoh, Serendah, di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian pada jam 5.20 petang itu berlaku ketika penunggang motosikal Honda Wave berusia 69 tahun dalam perjalanan ke Kuala Kubu Bahru.

“Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta dinaiki seorang lelaki warga asing berusia 24 tahun bersama tiga penumpang yang mana kesemuanya pelajar sebuah Institusi Pengajian Tinggi dalam perjalanan dari Bukit Fraser ke Gombak.

“Setibanya di lokasi, sebuah motosikal dari arah bertentangan telah memotong sebuah kenderaan di hadapannya sebelum masuk ke laluan MPV dan melanggar kereta itu,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Gambar kejadian kemalangan di Jalan Kuala Lumpur - Ipoh, Serendah, di sini, tular di media sosial.
Gambar kejadian kemalangan di Jalan Kuala Lumpur - Ipoh, Serendah, di sini, tular di media sosial.

Ahmad Faizal berkata, akibat kemalangan itu, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Selayang dan disahkan meninggal dunia pada hari yang sama.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan maklumat berkaitan kemalangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!