'Selamat tinggal sayang...', Aoki akhirnya pergi

Nabila dan suami memilih untuk menjaga Aoki sendiri di rumah.
Nabila dan suami memilih untuk menjaga Aoki sendiri di rumah.
A
A
A

BAGI pencinta haiwan khususnya kucing, kehadiran haiwan comel itu sudah diibaratkan seperti ahli keluarga sendiri.

Justeru, kematian haiwan peliharaan pastinya akan memberi kesan yang mendalam buat setiap ahli keluarga.

Begitu jugalah yang dirasai oleh Nabila Huda dan suami apabila kucing kesayangan yang dijaga sejak 15 tahun lalu pergi buat selamanya.

Kongsi Nabila, 39, menerusi akaun Instagramnya, kucing yang diberi nama Aoki itu akhirnya mati pada pagi Rabu lalu selepas bertarung dengan masalah buah pinggang.

Keadaan Aoki semakin lemah sejak Ahad lalu dan Nabila membuat keputusan untuk menjaga 'anaknya' itu bersama suami di rumah.

Bagaimanapun keadaan Aoki semakin buruk pagi tadi apabila terlalu banyak darah mula keluar dari mulut kucing tersebut dan Nabila juga sempat membawa kucing kesayangannya ke klinik veterinar.

"Selamat tinggal sayang," luah Nabila bersama video Aoki.

Perkongsian Nabila mengundang simpati dan tidak kurang yang mengaku turut sama mengalirkan air mata.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, anak kepada rocker terkenal tanah air, Amy Search itu berkongsi kisah bersama Aoki, kucing yang dijumpai di set penggambaran 15 tahun lalu.

Katanya, kucing itu diibaratkan seperti anak sulungnya kerana hadir sebelum dia mengandungkan Keisha Laila.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!