Sultan Selangor, TMJ setuju perseteruan bola sepak kekal dalam padang

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersetuju semua pihak perlu memastikan perseteruan bola sepak kekal dalam padang sahaja.
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersetuju semua pihak perlu memastikan perseteruan bola sepak kekal dalam padang sahaja.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bersetuju semua pihak perlu memastikan perseteruan bola sepak kekal dalam padang sahaja.

Perkara itu dipersetujui Sultan Sharafuddin dan Tunku Mahkota Ismail dalam pertemuan pada Rabu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan dalam Facebook HRH Crown Prince of Johor pada Khamis, Sultan Sharafuddin dan Tunku Mahkota Ismail juga menekankan perlu wujudnya perasaan saling hormat-menghormati serta perpaduan di luar padang.

“Sultan Selangor dan Pemangku Sultan Johor berkongsi pendapat tentang perpaduan dalam kalangan rakyat, profesionalisme di Malaysia dan kepentingan penyatuan Institusi Diraja untuk berkhidmat sebagai sebuah simbol negara,” menurut kenyataan itu.

Pada 19 Ogos, media melaporkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail seolah-olah menyindir pasukan Selangor FC selepas skuad Gergasi Merah itu memenangi Piala Sultan Selangor pada Sabtu.

Tunku Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor berkata, kemenangan tersebut umpama syok sendiri selain menyifatkan piala tersebut tidak diiktiraf di negara ini.

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline

Sultan Selangor, TMJ setuju perseteruan bola sepak kekal dalam padang #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Sukan #BolaSepak #Padang #SultanSelangor #TMJ

Powerful songs like action movie music - Tansa

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!