Wanita warga emas pandu lawan arus disaman

Aksi kereta Perodua Axia yang dipandu warga emas berusia 75 tular di laman sosial Facebook kerana memandu melawan arus. Foto Ihsan PDRM
Aksi kereta Perodua Axia yang dipandu warga emas berusia 75 tular di laman sosial Facebook kerana memandu melawan arus. Foto Ihsan PDRM
A
A
A

KUANTAN - Seorang wanita warga emas disaman selepas memandu secara melulu dan melawan arus di Jalan Kuantan-Pekan di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, wanita berusia 76 tahun itu berjaya dikesan susulan penularan video kejadian itu yang memaparkan aksi sebuah kereta jenis Perodua Axia di laman sosial Facebook.

Menurutnya, pada hari sama, wanita tersebut telah hadir ke Balai Trafik Kuantan untuk tindakan lanjut.

"Hasil siasatan awal mendapati wanita itu dari bandar Kuantan menghala ke Kompleks Warga Emas di Bandar Wakaf Madinah Mawaddah, Penor di Pekan.

"Oleh kerana faktor usia dan tidak biasa melalui jalan tersebut, pemandu telah tersesat serta tidak mahir dengan laluan di jalan berkenaan tanpa menyedari telah melawan arus," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ujarnya, notis saman di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1087 dikeluarkan atas kesalahan tersebut.

Dalam pada itu, beliau menasihati pemandu agar tidak melanggar peraturan lalu lintas yang membahayakan diri sendiri dan pengguna lain.

"Pemilik dan pemandu kenderaan juga hendakla memastikan tahap kesihatan diri dalam keadaan baik sebelum memandu kenderaan.

Artikel Berkaitan:

"Tindakan tegas akan diambil terhadap pengguna jalan raya yang melanggar peraturan lalu lintas sehingga membahayakan nyawa orang lain," tambah beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!