Angka kematian di Gaza akibat serangan Israel meningkat 41,689
GAZA - Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan agresif Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023 kini melonjak kepada 41,689 orang, menurut sumber perubatan pada Rabu.
Sumber itu berkata, sekurang-kurangnya 96,625 orang mengalami kecederaan dalam serangan berkenaan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Sekurang-kurangnya 51 orang terbunuh dan 165 lagi cedera dalam serangan Israel yang berlaku dalam tempoh 24 jam yang lepas, menurut mereka.
Sumber itu juga berkata ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan kerana penyelamat tidak dapat menghampiri mereka. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!