Lelaki tukar bilik anak jadi 'sel penjara' akibat ponteng kelas Matematik

Nyla mengosongkan bilik anaknya sebagai hukuman ponteng kelas matematik. Foto Agensi
Nyla mengosongkan bilik anaknya sebagai hukuman ponteng kelas matematik. Foto Agensi
A
A
A

CALIFORNIA - Seorang ayah terpaksa bertindak 'gila' dengan menukar bilik anak perempuannya menjadi 'sel penjara' selepas dia bertindak ponteng kelas Matematik di sekolah.

Dalam video TikTok yang dikongsi dalam platform X, Vince Nyla dilihat mengosongkan bilik anaknya dengan mengeluarkan cadar, tilam dan membawa seluruh katil dan televisyen keluar dari bilik.

"Anak perempuan saya ponteng kelas Matematik untuk kedua kali dengan dua rakannya.

"Jadi saya memutuskan untuk menghukumnya dan akan menukar bilik tidur menjadi sel penjara.

"Hakikatnya dia ingin menguji bahawa saya sebenarnya gila," menurut kapsyen yang ditulis.

Bagi menambahkan hukuman itu, Nyla juga merampas kameja-t dan menulis 'Saya ponteng kelas Matematik' di atas baju itu dan mengkehendaki anaknya perlu memakainya selama dua hari.

Semasa di hujung video itu, Nyla meletakkan baju itu di atas lantai bilik kosong di sebelah sepasang kasut dan meninggalkan nota untuk anak perempuannya.

Turut dilihat anaknya berjalan memasuki bilik tersebut.

Video yang mendapat tontonan sebanyak 34 juta kali itu dibanjiri komen daripada pengguna yang menyifatkan kaedah hukuman melampau, serta ada yang mengkritik gaya keibubapaan lelaki tersebut tidak ubah seperti 'Hitler'.

Artikel Berkaitan:

Seorang netizen yang mengatakan dia juga ibu bapa berkata bahawa hukuman itu agak terlalu berat untuk seorang kanak-kanak.

"Sebagai seorang ayah, ini agak keterlaluan. Saya bercakap tentang mengambil katil dan menyiarkannya di media sosial," tulisnya. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!