Menantu Nasrallah terkorban dalam serangan udara Israel di Syria
Serangan Israel itu menyasarkan tingkat pertama bangunan tiga tingkat yang sering menjadi lokasi kunjungan pemimpin Hizbullah dan Kor Pengawal Revolusi Iran, mengakibatkan tiga orang terkorban dan sekurang-kurangnya empat yang lain cedera dengan identiti mereka masih belum dikenal pasti, menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Syria.
Kementerian Pertahanan Syria memaklumkan serangan itu dilancarkan dari Bukit Golan yang diduduki Israel.
Pada 27 September lalu, Israel membunuh Sayyed Hassan Nasrallah dalam serangan udara di Beirut.
Serangan pada Rabu merupakan serangan udara kedua Israel di kawasan itu minggu ini.
Pada pagi Selasa, Israel menyasarkan sebuah lokasi kira-kira 500 meter dari kawasan serangan pada Rabu, menyebabkan tiga orang termasuk seorang wartawan terkorban dan sembilan yang lain cedera. - Bernama-Xinhua
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!