Depoh simpanan kereta DBKL terbakar
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan, panggilan kecemasan diterima jam 8.04 malam dan seramai 41 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak, Cheras, Sentul serta Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Kebakaran berlaku di tanah seluas 8,000 kaki persegi dengan anggaran 30 kereta musnah.
"Api dapat dikawal jam 8.20 malam dan padam sepenuhnya jam 10.18 malam. Tiada mangsa terlibat dalam insiden itu," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!