Banjir: 34 penduduk daerah Kerian dipindahkan

Pemindahan penduduk dilakukan atas faktor keselamatan berikutan ramalan cuaca hujan dan ribut di kawasan terlibat. Foto APM Perak
Pemindahan penduduk dilakukan atas faktor keselamatan berikutan ramalan cuaca hujan dan ribut di kawasan terlibat. Foto APM Perak
A
A
A

IPOH - Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak, Bagan Serai susulan banjir yang melanda daerah Kerian, menempatkan 34 penduduk setakat jam 8 pagi pada Khamis.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, kesemua mangsa melibatkan 10 keluarga dipindahkan dari Kampung Matang Tengah sejak PPS dibuka pada jam 2 petang pada Rabu.

Hujan lebat berterusan di kawasan itu turut mengakibatkan berlakunya runtuhan tahan di laluan di FT147 Jalan Bagan Serai-Changkat Lobak.

Menurut laporan Jabatan Kerja Raya (JKR), penduduk di kawasan terlibat dan sekitarnya diminta berjaga-jaga selain pemantauan dari semasa ke semasa dilakukan.

PPS di Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak, Bagan Serai dibuka bagi menempatkan 34 penduduk yang terlibat banjir. Foto: APM Perak
PPS di Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak, Bagan Serai dibuka bagi menempatkan 34 penduduk yang terlibat banjir. Foto: APM Perak

Jalan alternatif di laluan A111 Alor Pongsu-Bukit Merah dibuka kepada semua kenderaan berat dengan bacaan paras air semasa di kawasan itu 0.42 meter.

Maklumat daripada Jabatan Metereologi (MetMalaysia) tiada amaran hujan berterusan dikeluarkan setakat ini, namun daerah Kerian diramal mengalami cuaca hujan dan ribut pada sebelah pagi sehingga malam.

Artikel Berkaitan:

Agensi keselamatan dan jabatan terlibat melakukan pemantauan di lokasi terlibat banjir. Foto: APM Perak
Agensi keselamatan dan jabatan terlibat melakukan pemantauan di lokasi terlibat banjir. Foto: APM Perak

Terdahulu, banjir di daerah Kampar pulih sepenuhnya dengan penutupan PPS Dewan Serbaguna Dato Azman Mahalan pada 2 petang pada Rabu.

Semua 16 mangsa daripada lima keluarga masing-masing dari Kampung Batu 20 dan Kampung Baru, Kuala Dipang serta Kampung Pulau Pisang, Malim Nawar pulang ke kediaman selepas keadaan lokasi terlibat disahkan selamat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!