Admin TGV ajak abang polis 'dating'

Tindakan PDRM menggunakan ‘font’ viral pada era 1990-an dalam hantaran di Facebook meraih perhatian ramai termasuk admin TGV.
Tindakan PDRM menggunakan ‘font’ viral pada era 1990-an dalam hantaran di Facebook meraih perhatian ramai termasuk admin TGV.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Tindakan admin akaun Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) menggunakan ‘font’ viral pada era 1990-an dalam hantaran di laman sosial itu meraih perhatian ramai.

Menerusi hantaran tersebut, admin akaun Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) memuat naik sekeping gambar yang memaparkan dengan tip keselamatan sebelum keluar dari rumah.

“Selamat Pagi. Pastikan rumah anda selamat sebelum meninggalkannya.”

Hanya berbekalkan sekeping gambar dengan 'font viral' itu, hantaran tersebut mendapat lebih 11,500 tanda suka dengan 695 komen.

Meninjau ke ruangan tersebut, beberapa laman rasmi seperti TGV Cinemas turut meninggalkan komen.

“Abang polis, lepas meninggalkan rumah, jom kita tengok wayang,” tulisnya.

Pada masa sama, rata-rata pengguna media sosial menyatakan penggunaan font tersebut menggamit kenangan ketika zaman menggunakan Windows.

“Zaman mula-mula menggunakan Windows. Ketika itu rasa diri paling paling kreatif,” kata Juliza Alisha.

Artikel Berkaitan:

“Rindu pula zaman persekolahan,” ujar Ma Hanum.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!