Lima termasuk kanak-kanak terperangkap kepala air diselamatkan

Lima individu termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan pihak bomba selepas terperangkap dalam kejadian kepala air di Kampung Batu 10, Lebuhraya Cheras-Kajang.
Lima individu termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan pihak bomba selepas terperangkap dalam kejadian kepala air di Kampung Batu 10, Lebuhraya Cheras-Kajang.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lima individu termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan pihak bomba selepas terperangkap dalam kejadian kepala air di Kampung Batu 10, Lebuhraya Cheras-Kajang dekat sini pada malam Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya telah menerima panggilan kejadian berkenaan pada 9.05 malam tadi.

Beliau berkata, sebuah jentera bersama enam pegawai dan anggota telah digerakkan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn ke lokasi kejadian.

"Komander operasi telah melaporkan seramai lima mangsa terdiri daripada tiga lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki terperangkap di seberang sungai akibat kepala air.

"Pasukan telah menggunakan teknik ‘melintas sungai’ untuk membantu kesemua mangsa menyeberangi sungai,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Kesemua mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan berjaya diselamatkan pada 2 pagi. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!