Banjir di Kedah pulih sepenuhnya

Keadaan banjir di Kedah pulih sepenuhnya selepas PPS terakhir di SMK Alor Merah ditutup sepenuhnya pada jam 9.30 pagi pada Khamis. - Foto: Bernama
Keadaan banjir di Kedah pulih sepenuhnya selepas PPS terakhir di SMK Alor Merah ditutup sepenuhnya pada jam 9.30 pagi pada Khamis. - Foto: Bernama
A
A
A

ALOR SETAR - Keadaan banjir di Kedah pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Merah, dekat sini ditutup sepenuhnya pada jam 9.30 pagi pada Khamis.

Seramai 107 mangsa daripada 31 keluarga yang sebelum ini berlindung sementara di PPS tersebut setakat jam 4.30 petang pada Rabu juga telah pun dibenarkan pulang.

Berdasarkan Info Bencana daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),cuaca yang baik menyaksikan 11 PPS yang berada di daerah Pokok Sena dan Baling telah ditutup juga pada Rabu.

Sementara itu, Berdasarkan laman sesawang Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat jam 12 tengah hari pada Khamis, hanya Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR yang berada di para bahaya manakala Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya pula berada di paras amaran.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!