NHCCE 2024 rekod pencapaian luar biasa

Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Azman Mohd Yusof (dua dari kiri) menyampaikan anugerah kepada pemenang pempamer terbaik disaksikan oleh Shahul pada NHCCE 2024 yang diadakan di MITEC pada Rabu.
Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Azman Mohd Yusof (dua dari kiri) menyampaikan anugerah kepada pemenang pempamer terbaik disaksikan oleh Shahul pada NHCCE 2024 yang diadakan di MITEC pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penganjuran Persidangan dan Pameran Modal Insan Kebangsaan (NHCCE) 2024 merekodkan pencapaian luar biasa dengan penyertaan 4,000 perwakilan dan 30 penceramah terkenal dari seluruh dunia.

Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Azman Mohd Yusof berkata, program itu turut melibatkan kira-kira 300 pempamer dengan jumlah pengunjung yang mengagumkan iaitu 16,500 orang sepanjang tiga hari berlangsung.

Menurutnya, kejayaan itu membuktikan ia kekal sebagai platform utama untuk menyokong strategi pembangunan modal insan yang segar dan inovatif setiap tahun.

"Tahniah Human Resource Development Corporation (HRD Corp) kerana menjadikan NHCCE 2024 sebagai tempat berkumpul untuk berbincang, berdebat dan menentukan tindakan terbaik dalam pembangunan modal insan pada masa hadapan.

"Ia membuktikan program ini sebagai platform dalam memastikan perkembangan kepimpinan dalam pembangunan modal insan bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh Asia Tenggara.

"Wawasan dan perkaitan yang terjalin di sini sudah pasti akan menjadi pemangkin untuk pertumbuhan masa depan, memacu Malaysia ke hadapan ketika kita bersedia untuk menyandang jawatan Pengerusi ASEAN pada 2025," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian penutup Persidangan dan Pameran Modal Insan Kebangsaan (NHCCE) 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini pada Rabu.

NHCCE 2024 menampilkan lebih 30 tokoh terkemuka bidang modal insan, pengamal sumber manusia dan pakar dalam bidang masing-masing.

Artikel Berkaitan:

Antaranya ialah wartawan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Zeteo, Mehdi Hasan; jurulatih eksekutif terkenal dunia dan pengarang popular, John Mattone; Pengerusi ROI Institute, Inc, Dr Jack J Phillips, penceramah utama antarabangsa, Dr Justin Cohen dan Pakar Strategi Inovasi dan pengarang popular, Shawn Kanungo.

Jelas Azman, tema NHCCE 2024 iaitu ‘Menginsankan AI untuk tenaga kerja masa depan’ bukan sahaja sesuai pada hari ini, tetapi untuk beberapa dekad yang akan datang.

"Saya percaya perbincangan bermanfaat yang diadakan sepanjang tiga hari lalu akan memainkan peranan besar dalam membentuk cara pengamal HR (sumber manusia) akan menggunakan AI (kecerdasan buatan) untuk membentuk semula tenaga kerja dan meningkatkan keseluruhan ekosistem pembangunan modal insan,” katanya.

Beliau berkata, AI sering dikenali sebagai pedang bermata dua tetapi perbincangan sejak beberapa hari lalu telah mengingatkan kita bahawa manusia, melalui empati, kreativiti dan kompas moral akan memacu inovasi dibantu oleh potensi AI.

"Inilah sebabnya mengapa empat tonggak persidangan tahun ini iaitu Perniagaan dan Ekonomi; Teknologi, Sumber Manusia dan Etika serta Kepimpinan & Budaya dipilih.

"Ia memberikan tumpuan dalam membina pengetahuan yang komprehensif tentang cara AI harus digunakan untuk membina tenaga kerja sedia masa hadapan tanpa mengabaikan prinsip keterangkuman, etika dan kepimpinan," jelasnya.

Agen perubahan dalam organisasi

Sementara itu, Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood berkata, organisasi berkenaan berhasrat untuk membawa wacana modal insan ke tahap yang lebih tinggi.

SHAHOL DAWOOD
SHAHOL DAWOOD



Jelasnya, semua topik yang dibentangkan di peringkat utama NHCCE dan kawasan aktiviti menangani persoalan penting iaitu cara memanusiakan dan mengoptimumkan AI untuk tenaga kerja masa depan.



"Satu-satunya harapan kami di HRD Corp ialah semua di sini akan kembali dan menjadi agen perubahan dalam organisasi sendiri dan menyebarkan pengetahuan yang diperoleh. Inilah cara kami merevolusikan pembangunan modal insan Malaysia dan rantau ini.

"Persidangan ini lebih daripada sekadar perbincangan dan perhimpunan. Ia juga bertindak sebagai sudut pandang persimpangan antara AI dan kecerdasan manusia, jadi AI boleh menambah usaha manusia dan bukannya menggantikannya.

"Bagi pihak jawatankuasa penganjur, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong dan Ketua Setiausaha, Datuk Azman Mohd Yusof dan semua yang menghadiri serta mengambil bahagian dalam NHCCE 2024," katanya.

REAKSI

No Image Caption



"Peserta dapat banyak pengetahuan mengenai penggunaan AI dalam memperbaiki proses kerja dan melonjakkan lagi perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi." - Ketua Pegawai Program HRD Corp, Soffian Mohamed Amin

No Image Caption



"Ramai mahukan platform sebegini yang membincangkan topik mengenai sumber manusia dan aspek dalam pembangunan modal insan." - Ketua Komunikasi Korporat HRD Corp, Hazrina Azizdin

No Image Caption



"Banyak yang saya dapat terutamanya tentang undang-undang dalam skop kerja dan kelebihan AI. Saya melihat AI agak mencabar dan satu keperluan untuk masa depan." - Peserta, Ong Kim Choo, 49

No Image Caption



"Sangat bagus kerana ia membuka pandangan daripada banyak organisasi di Malaysia tentang AI. Pada masa depan, AI banyak memudahkan kerja dan mempercepatkan tugasan harian serta menambah produktiviti dalam organisasi." - Peserta, Mohamed Dzul Haiqal Dzul Fattah, 33

No Image Caption



"Setiap tahun kami tidak pernah ketinggalan menyertai program ini sebagai pempamer. Sepanjang program, kami melihat prospek dan berinteraksi serta berkongsi tentang pengetahuan pembangunan tentang modal insan." - Pempamer, P. Kumarenthiran, 42

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!