Ribut petir diramal landa hampir semua negeri petang ini
KUALA LUMPUR - Ribut petir diramal berlaku di hampir semua negeri sehingga 4 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Menerusi amaran dikeluarkan pada 1.55 tengah pada Khamis, MetMalaysia memaklumkan ribut petir dijangka melanda seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Putrajaya.
Keadaan cuaca yang sama juga dijangka melanda beberapa daerah di Kelantan, termasuk Kuala Krai dan Gua Musang serta di Pahang (Lipis, Raub, Jerantut dan Kuantan).
Selain itu, ribut petir dijangka turut melanda Selangor (Hulu Langat dan Sepang), Negeri Sembilan (Jelebu dan Seremban), Melaka (Jasin) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang).
Di Sabah, keadaan sama diramal berlaku di Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau dan Sandakan (Kinabatangan).
MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran," menurut kenyataan itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!