Polis beku 206 akaun bank GISBH bernilai RM1.4 juta

Razarudin
Razarudin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membekukan sebanyak 206 akaun milik GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) membabitkan nilai keseluruhan kira-kira RM1.4 juta.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan pembekuan itu membabitkan 205 akaun bank bernilai RM1.35 juta serta satu akaun bank bernilai AS$1,344.26 (RM5,688.80).

"Turut dibekukan adalah 19 hartanah dan 31 kenderaan termasuk bas milik syarikat berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Razarudin berkata, polis juga menyita 19 kenderaan dan sebuah lori, pelbagai haiwan dianggarkan bernilai RM230,000, wang tunai RM16,850 serta dua utas jam tangan bernilai RM600.

"Tindakan itu diambil mengikut Seksyen 44(1) dan Seksyen 45(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA)," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, PDRM meneliti akaun bank yang dikaitkan dengan GISBH.

Razarudin dilaporkan berkata, ia penting bagi membantu siasatan lanjut membabitkan organisasi itu.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) bagi mengesan sekiranya wujud transaksi ke dalam akaun peribadi pemimpin kanan GISBH.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, katanya, sebanyak 153 akaun yang disyaki mempunyai kaitan dengan GISBH dibekukan antaranya 138 akaun bank membabitkan dana berjumlah RM882,795.94 manakala 15 akaun lagi ditutup.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!