CEO GISBH, isteri akan ditahan semula - KPN

Seramai 24 individu termasuk CEO GISBH bersama isteri dan anak akan ditahan semula di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.
Seramai 24 individu termasuk CEO GISBH bersama isteri dan anak akan ditahan semula di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 24 individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) bersama isteri dan anak akan ditahan semula di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tangkapan dibuat sebaik tempoh reman bagi siasatan kes terdahulu tamat pada Jumaat.

"Polis akan memohon sambung reman terhadap kesemua individu terbabit bagi melengkapkan siasatan, sebaik tempoh reman mereka selama lima hari berakhir Jumaat," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Razarudin berkata, setakat ini, kesemua 24 kepimpinan tertinggi GISBH itu tidak ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

"Jumlah individu dikaitkan dengan GISBH yang masih dalam tahanan reman adalah seramai 93 orang, manakala 34 orang lagi ditahan di bawah Sosma," katanya.

Pada 19 September lalu, CEO GISBH bersama Isteri itu dilapor antara ditahan susulan Op Global dilancarkan polis sebelum mereka direman tujuh hari.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!