Op Global: 127 ahli GISBH ditahan, 34 individu di bawah Akta SOSMA

Tan Sri Razarudin Husain
Tan Sri Razarudin Husain
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 127 individu dipercayai ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) ditahan polis setakat ini menerusi Op Global.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, daripada jumlah itu 34 individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA).

Akta itu membenarkan seseorang individu ditahan selama 28 hari tanpa perbicaraan.

Sementara 93 lagi kata beliau, ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

"Jumlah ahli GISB yang masih dalam tahanan reman di bawah Sekyen 117 Kanun Prosedur Jenayah adalah seramai 93 orang manakala 34 lagi ditahan di bawah SOSMA," katanya ketika dihubungi di sini, pada Khamis. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!