'Tanding 12 kerusi, menang dua tapi minta kuota lebih-lebih' - Altimet

Altimet
Altimet
A
A
A

AMPANG - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau Altimet menyindir Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkaitan isu pembentukan Kerajaan Perpaduan di Johor.

Nur Jazlan pada Khamis melabel Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti 'lebih sudu daripada kuah’ isu tersebut.

Altimet berkata, situasi berlaku di Johor pernah BN lakukan di Selangor.

"Sebenarnya semua perangai yang @NurJazlan tuduh PH buat di Johor, BN dah buat di Selangor.

"Tanding 12 menang dua (kerusi) nak minta kuota ahli Majis lebih-lebih, minta semua jawatan ketua kampung," katanya menerusi ciapan di aplikasi X.

Altimet berkata, Nur Jazlan tidak wajar mengeluarkan kenyataan sedemikian jika semangat Perpaduan peringkat Persekutuan itu tidak berlaku di Johor.

"Jangan cakap tentang kedudukan (Kerajaan Perpaduan) di Johor jika tak boleh kekalkan semangat sama di sini (Selangor)," katanya.

kenyataan Nur Jazlan di Facebook itu susulan desakan berterusan PH Johor kepada BN supaya Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di negeri itu selepas kejayaan besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota, Sabtu lalu.

Artikel Berkaitan:

Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan dilaporkan berkata, penubuhan Kerajaan Perpaduan tidak perlu ditangguhkan lagi sekiranya mereka merasakan gabungan PH-BN yang terbaik untuk masa depan negara dan Johor.

Nur Jazlan berkata, Johor tidak terikat secara langsung dengan kerjasama BN dan PH.

Timbalan Speaker Dewan Negara itu turut menyelar parti-parti tertentu yang menjadikan kerajaan Johor seperti pasar borong termasuk Amanah yang menuntut pelbagai jawatan seperti Exco, malah sehingga ke ketua kampung meskipun hanya mempunyai satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ujarnya, bukan hanya peringkat Johor, malah di Persekutuan sekali pun PKR dan Amanah bukanlah parti penting atau layak duduk semeja dalam permainan `poker politik’.

@sinarharianonline Ibu bapa serah anak serang 7-Eleven Sekumpulan ibu bapa di California menyerahkan anak masing-masing kepada polis setelah menonton video tular anak-anak mereka melakukan rompakan dan vandalisme di beberapa kedai serbaneka 7-Eleven. Jabatan Polis Los Angeles telah mengeluarkan rakaman dan gambar lebih 40 remaja lelaki terbabit yang didakwa terlibat dalam perhimpunan haram atau ‘flash mob’ di kawasan Rampart, Hollywood, Wilshire serta barat Los Angeles. #fyp#SinarHarian#SinarTerkini#Global#USA#7Eleven#Jenayah#Remaja#Anak#IbuBapa#Keluarga#Polis original sound - Sinar Harian

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!