RM84 juta baik pulih sembilan cerun Jalan Genting Peras

Izham (dua dari kiri) meninjau projek kerja-kerja pengukuhan cerun di Jalan Genting Peras.
Izham (dua dari kiri) meninjau projek kerja-kerja pengukuhan cerun di Jalan Genting Peras.
A
A
A

HULU LANGAT - Kerajaan negeri dan Pusat menyalurkan peruntukkan sebanyak RM84 juta bagi kerja-kerja pembaikan sembilan cerun di sepanjang Jalan Genting Peras dekat sini.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Ir Izham Hashim berkata, kawasan terbabit merupakan 88 cerun berisiko dikenal pasti selepas insiden banjir besar melanda pada 2021.

Menurutnya, pembaikan dan penstabilan cerun itu telah dilakukan secara berperingkat serta dijangka siap hujung tahun ini.

Izham (enam dari kanan) lokasi pengukuhan cerun di Jalan Genting Peras pada Khamis.
Izham (enam dari kanan) lokasi pengukuhan cerun di Jalan Genting Peras pada Khamis.

"Daripada jumlah itu, sebanyak sembilan projek telah terlibat dengan kerja-kerja pemulihan membabitkan kerja paku tanah dan flexible facing.

"Projek dijangka siap hujung tahun ini sementara kawasan lain akan dilakukan mengikut keperluan mendesak," katanya selepas mengadakan lawatan tapak cerun B32 Genting Peras di sini pada Khamis.

Beliau berkata, Jalan Genting Peras merupakan laluan menghubungkan daerah Hulu Langat-Jelebu yang telah ditutup sejak 2021.

"Kita akan pantau sehingga kerja ini siap untuk memastikan keselamatan pengguna memandangkan masih ada yang menggunakan laluan ini untuk aktiviti berbasikal.

Artikel Berkaitan:

"Projek kini mencapai kemajuan 36 peratus dan dijadualkan siap menjelang Disember ini," katanya.

Dalam kejadian 19 Disember 2021, kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Genting Peras-Kuala Klawang hingga menyebabkan laluan kedua-dua arah terhalang.

Kejadian itu berlaku berhampiran sempadan daerah Hulu Langat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!