JPJ keluar 122,658 tag RFID VEP untuk kenderaan Singapura setakat 30 September

Anthony Loke. Foto Bernama
Anthony Loke. Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 112,658 tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) Permit Masuk Kenderaan (VEP) kepada kenderaan bernombor pendaftaran Singapura setakat 30 September, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 75,412 tag RFID VEP sudah aktif digunakan sejak bermula pelaksanaan VEP di pintu sempadan darat Malaysia-Singapura pada 1 Oktober manakala 37,246 tag lagi masih belum diaktifkan.

"Jumlah ini juga dikira sebagai permohonan VEP yang telah kami terima setakat ini,” katanya dalam sidang media ketika hadir meninjau pelaksanaan penguatkuasaan VEP di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini hari ini.

Beliau berkata, JPJ juga melaksanakan penguatkuasaan secara berfasa dengan mengeluarkan notis peringatan kepada pemilik atau pemandu kenderaan republik itu yang belum membuat pendaftaran VEP sejak Selasa lepas.

Penguatkuasaan dilaksanakan di laluan keluar Malaysia-Singapura dengan memeriksa kenderaan Singapura secara rawak yang dikesan tidak mendaftar VEP di BSI dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!