Penunggang maut langgar belakang kenderaan, polis kesan pemandu terlibat

Bahagian hadapan motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk apabila dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan dalam kejadian di Kilometer 12.1 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), Shah Alam, Selangor pada Khamis. Foto: PDRM.
Bahagian hadapan motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk apabila dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan dalam kejadian di Kilometer 12.1 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), Shah Alam, Selangor pada Khamis. Foto: PDRM.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang penunggang motosikal maut apabila melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan di Kilometer 12.1 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, dalam kejadian 6.30 pagi itu, mangsa seorang lelaki berusia 22 tahun dipercayai telah melanggar kenderaan yang tidak diketahui jenis serta nombor pendaftaran.

Beliau berkata, ekoran kejadian itu, mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam dan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Zon Merah.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila penunggang motosikal dari arah Subang menghala ke Setia Alam.

"Mangsa dipercayai telah melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan jenis dan nombor pendaftaran yang tidak dipastikan di lorong paling kiri," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis

Kata beliau, kemalangan tersebut telah mengakibatkan motosikal jenis Yamaha LC135 berwarna putih merah mengalami kerosakan di bahagian depan.

Sehingga kini, menurutnya, pemandu kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti itu masih belum membuat laporan polis.

"Usaha sedang dijalankan bagi mengesan pemandu tersebut," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Inspektor Thesigan di talian 010-5632379," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!