Wanita lembam diculik dua lelaki Bangladesh ketika joging

Seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) lembam yang dipercayai diculik ketika keluar berjoging, ditemukan di sebuah bilik asrama warga asing di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh di sini pada Selasa lepas.
Seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) lembam yang dipercayai diculik ketika keluar berjoging, ditemukan di sebuah bilik asrama warga asing di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh di sini pada Selasa lepas.
A
A
A

MELAKA - Seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) lembam yang dipercayai diculik ketika keluar berjoging, ditemukan di sebuah bilik asrama warga asing di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh di sini pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisiner Christopher Patit berkata, mangsa OKU lembam berusia 22 tahun itu diselamatkan ibu dan jirannya pada 7.30 malam ketika keluar mencarinya di sekitar kawasan terbabit.

"Siasatan awal mendapati semasa mangsa melalui belakang sebuah rumah berhampiran kediamannya, dua lelaki warga Bangladesh berumur 20 dan 36 tahun telah menarik mangsa ke dalam rumah itu dan memukul kepala menggunakan tukul besi.

"Selepas itu, mangsa tidak sedarkan diri ... tangan dan kaki mangsa juga diikat menggunakan wayar pengecas telefon bimbit," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam kejadian 7 malam itu, mangsa dikatakan telah keluar berjoging di kawasan berhampiran rumahnya, setelah lama tidak pulang ke rumah, emak mangsa dan jirannya mencari mangsa di kawasan berhampiran dan bertanyakan kepada penghuni lain sebelum menjumpai mangsa di dalam bilik tidur di rumah terbabit.

"Rumah itu dipercayai dijadikan tempat tinggal warganegara asing yang bekerja sebagai buruh binaan ... siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang kesan darah, namun polis menemukan sebatang tukul besi dan wayar pengecas telefon yang dipotong di bilik terbabit," katanya.

Christopher berkata, bagaimanapun, tiada rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu dan saksi bebas yang melihat kejadian berlaku.

Beliau berkata, dua suspek warga asing terbabit berjaya ditahan di tepi jalan di Batu Berendam semalam dan direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa yang mengalami cedera di kepala sedang dirawat di Hospital Melaka serta berada dalam keadaan stabil dan tidak serius," katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!