Tidak puas hati punca gaduh di tengah jalan

Video tular memaparkan kejadian pergaduhan di pekan Dengkil, di sini, pada Khamis.
Video tular memaparkan kejadian pergaduhan di pekan Dengkil, di sini, pada Khamis.
A
A
A

SEPANG - Rasa tidak puas hati dipercayai menjadi punca dua lelaki dipukul seorang pemandu kereta menggunakan pengunci stereng.

Video kejadian turut tular di laman sosial pada Khamis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden Shan Gopal Krishnan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan insiden itu pada jam 12.17 tengah hari, Khamis.

Video tular memaparkan kejadian pergaduhan di pekan Dengkil, di sini, pada Khamis.
Video tular memaparkan kejadian pergaduhan di pekan Dengkil, di sini, pada Khamis.

"Pengadu bersama rakanya dipukul oleh suspek di jalan pekan Dengkil, di sini pada jam 11.50 pagi Khamis.

"Akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di kepala dan tangan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Shan Gopal berkata, susulan daripada laporan itu, pihaknya menahan seorang lelaki yang juga pelajar institusi pengajian tinggi swasta berusia 20 tahun.

"Kita turut merampas satu pengunci stereng yang digunakan sebagai senjata untuk mencederakan mangsa.

Artikel Berkaitan:

"Motif kejadian adalah tidak puas hati semasa kedua-dua pihak memandu di jalan raya di kawasan Jalan Air itam menuju ke pekan Dengkil," katanya.

Beliau berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan dan kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

"Kes disiasat bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Orang awam dinasihatkan untuk tidak menimbulkan apa-apa spekulasi serta tidak berkongsi berita yang tidak benar berkenaan kejadian ini," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!