Dera kanak-kanak, penjaga rumah amal GISBH didakwa esok

Seorang ahli GISBH akan didakwa di mahkamah pada Jumaat atas tuduhan mendera kanak-kanak di bawah jagaan satu daripada rumah amal yang dikaitkan dengan syarikat itu.
Seorang ahli GISBH akan didakwa di mahkamah pada Jumaat atas tuduhan mendera kanak-kanak di bawah jagaan satu daripada rumah amal yang dikaitkan dengan syarikat itu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) akan didakwa di mahkamah pada Jumaat atas tuduhan mendera kanak-kanak di bawah jagaan satu daripada rumah amal yang dikaitkan dengan syarikat itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kejadian itu berlaku semasa di bawah jagaan satu daripada rumah amal GISBH.

"Kertas siasatan ke atas penjaga rumah amal berusia 35 tahun itu dihantar ke pejabat Peguam Negara pada Khamis dan polis menerima arahan untuk pertuduhan.

"Lelaki itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang pada Jumaat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya pada Khamis.

Sementara itu, satu jemputan media mengenai pertuduhan ke atas suspek sudah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Pendakwaan berkenaan akan dilakukan di mahkamah berkenaan jam 8.45 pagi.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!