'Rakyat Rusia, sila tinggalkan Israel'

Duta Rusia ke Tel Aviv, Anatoly Viktorov menggesa rakyat mereka supaya segera meninggalkan Israel berikutan situasi yang semakin tegang di rantau Asia Barat.
Duta Rusia ke Tel Aviv, Anatoly Viktorov menggesa rakyat mereka supaya segera meninggalkan Israel berikutan situasi yang semakin tegang di rantau Asia Barat.
A
A
A

MOSCOW - Duta Rusia ke Tel Aviv, Anatoly Viktorov menggesa rakyat mereka supaya segera meninggalkan Israel berikutan situasi yang semakin tegang di rantau Asia Barat.

Desakan itu dibuat ketika wawancara bersama TASS.

"Sebagai langkah berjaga-jaga dan keadaan yang semakin meruncing, kami tidak sarankan warga Rusia berkunjung ke Tel Aviv," kata diplomat kanan berkenaan.

Menurutnya, golongan itu boleh mengambil peluang tersebut memandangkan beberapa penerbangan termasuk El Al masih beroperasi seperti biasa meskipun Tel Aviv kini di ambang peperangan.

Terdahulu, rakyat Iran yang berada di Iran dilarang mengambil gambar atau video dan berkongsi di dalam talian bagi mengelakkan panik di rangkaian media sosial. - Agensi

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!