Armada Bersatu nafi anjur program pidato calon

Armada Bersatu menafikan pihaknya menganjurkan 'Pidato Penerimaan Pencalonan Armada Bersatu Malaysia’ sebagai program rasmi anjurannya.
Armada Bersatu menafikan pihaknya menganjurkan 'Pidato Penerimaan Pencalonan Armada Bersatu Malaysia’ sebagai program rasmi anjurannya.
A
A
A

SHAH ALAM - Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan pihaknya menganjurkan 'Pidato Penerimaan Pencalonan Armada Bersatu Malaysia’ sebagai program rasmi anjurannya.

Penolong Setiausaha Armada Bersatu, Muhammad Faiz Rahmad menjelaskan, sebarang program melibatkan aktiviti kempen calon pemilihan parti merupakan inisiatif sendiri dan tidak melibatkan penganjuran terbuka oleh sayap parti itu.

"Armada Bersatu hanya menggalakkan aktiviti kempen dalaman, inklusif melibatkan perwakilan bahagian yang layak memilih mengikut garis panduan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) nanti," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini tular poster mempromosikan sebuah program pidato penerimaan calon Armada Bersatu yang bakal berlangsung pada Jumaat di Petaling Jaya.

Dalam pada itu Muhammad Faiz menegaskan, penafian tersebut dibuat bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang yang boleh dikenakan terhadap parti itu sekiranya berlaku sebarang perkara tidak diingini.

"Penafian ini bagi mengelakkan salah faham dan kekeliruan yang timbul melibatkan sebarang masalah, tanggungjawab liabiliti, kontroversi dan sensitiviti perundangan yang mungkin boleh berlaku sepanjang program berlangsung.

"Ia boleh mendedahkan organisasi rasmi Armada Bersatu Malaysia berdepan sebarang tindakan undang-undang," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!