Trump terselamat, tidak dipecat

Presiden AS, Donald Trump - Foto AFP
Presiden AS, Donald Trump - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bebas daripada dakwaan salah guna kuasa dan menghalang Kongres dalam perbicaraan Senat yang dikuasai Republikan semalam.

Dalam undian pertama berhubung tuduhan salah guna kuasa, undian memihak kepada Trump dengan 52 undi berbanding 48 yang menentang.

Senator Utah, Matt Romney antara anggota Republikan yang menyokong Demokrat dalam usaha menyingkirkan Trump.

Sementara keputusan 53-47 turut memihak Trump bagi tuduhan menghalang Kongres.

Senator Republikan, Lindsey Graham menyatakan kegembiraannya selepas pungutan suara memihak kepada Trump.

"Sekarang baru saya rasa tenang," katanya.

Pada masa sama, beliau mengaku terkejut dengan tindakan Romney yang menyokong pendakwaan salah guna kuasa Trump.

Hujung tahun lalu, Dewan Perwakilan menetapkan satu perbicaraan Senat untuk menyingkirkan Trump daripada jawatannya selepas tiga tahun pentadbiran penuh gelora.

Artikel Berkaitan:

Dengan undian 230 menyokong berbalas 197 menentang dalam Kongres dikuasai Demokrat, Presiden AS ke-45 itu menjadi pemimpin Rumah Putih ketiga dalam sejarah negara itu bakal dipecat.

Undian Kongres itu dibuat empat bulan selepas seorang pembocor rahsia mendedahkan skandal Trump memberi tekanan kepada Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky untuk menyiasat pencabar potensi Rumah Putihnya pada 2020, anggota Demokrat veteran, Joe Biden. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!