Malaysia evakuasi rakyat dari Lubnan

Wisma Putra
Wisma Putra
A
A
A

PUTRAJAYA - Susulan ketegangan kian memuncak di Asia Barat, Malaysia telah menjalankan evakuasi rakyat negara ini dari Lubnan.

Menerusi kenyataan pada Jumaat, Wisma Putra mengesahkan empat warga Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA1) pagi ini manakala seorang lagi dijadual tiba pada sebelah petang.

"Kedutaan Besar Malaysia di Beirut telah memudah cara pelepasan mereka dari Beirut melalui pesawat komersial," katanya.

Ujar Wisma Putra, pihaknya sedang giat menjalankan usaha bagi memastikan baki rakyat Malaysia dan ahli keluarga mereka yang berjumlah 16 orang berjaya dievakuasi dengan selamat.

"Kementerian ini komited sepenuhnya untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di Lubnan.

"Kedutaan Besar Malaysia di Beirut akan terus memantau keadaan dan menyediakan bantuan yang diperlukan," jelas Wisma Putra.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!