1,968 mangsa banjir Selangor dipindahkan ke 6 PPS

JBPM Selangor membantu membawa mangsa banjir di beberapa lokasi sekitar Selangor untuk ditempatkan di PPS.
JBPM Selangor membantu membawa mangsa banjir di beberapa lokasi sekitar Selangor untuk ditempatkan di PPS.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 1,968 mangsa membabitkan 480 keluarga dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan banjir yang melanda tiga daerah di sekitar Selangor.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, jumlah itu direkodkan setakat jam 7 pagi pada Jumaat.

Menurutnya, daerah terjejas ialah Shah Alam, Gombak dan Kuala Selangor.

“Mereka ditempatkan di enam PPS di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seri Pagi, Paya Jaras; Dewan Kenanga; Dewan MBSA Bunga Matahari; Dewan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Seri Kundang; Sekolah Rendah Agama Kuang; Sekolah Kebangsaan Desa Aman.

"Seramai 54 anggota dari enam Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Bestari Jaya, Selayang, Batu Arang, Bukit Jelutong serta Dengkil terbabit operasi berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Ahmad Mukhlis berkata, JBPM turut melakukan pemantauan di 21 lokasi dinaiki air antaranya di Kampung Kubu Gajah, Merbau Sempah, Kampung Cempedak di Kuang; Kampung Melayu Subang dan Jalan Tembusu, Subang.

Katanya, pemantauan turut dilakukan di Kampung Sri Aman, Taman Saujana Aman, Kampung Parit Mahang di Kuala Selangor; Sungai Buah, Jambatan Sekolah Vokasional, Revolusi Hijau dan Pasar Dengkil di Sepang.

“Selain itu, Kampung Selayang Baru, Kampung Laksamana, Indian Sattlement di Selayang; Taman Rahmat Jaya Kundang, Lorong Utama 1, Lorong Setia 7, Kampung Melayu Sri Kundang, Lorong Haji Talib, Kampung Gombak dan Kampung Bunga Raya di Gombak,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!