Konflik Asia Barat: Harga minyak lonjak lebih 5 peratus dalam tempoh sehari

Kenaikan harga minyak mentah global minggu ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pelabur akibat konflik yang semakin meruncing di Asia Barat. - Gambar Reuters
Kenaikan harga minyak mentah global minggu ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pelabur akibat konflik yang semakin meruncing di Asia Barat. - Gambar Reuters
A
A
A

KENAIKAN harga minyak mentah global minggu ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pelabur akibat konflik yang semakin meruncing di Asia Barat.

Menurut Reuters, harga minyak mentah Brent pada Khamis mencatat lonjakan lebih daripada 5 peratus, yang merupakan kenaikan harian terbesar dalam tempoh setahun.

"Niaga hadapan minyak mentah Brent menokok 5.03 peratus pada AS$77.62 setong, manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat naik 5.15 peratus kepada AS$73.71 setong. "Ini menjadikan jumlah kenaikan harga minyak pada minggu ini melebihi 8 peratus, dan jika harga kekal stabil hingga Jumaat, ia bakal mencatatkan kenaikan mingguan terbesar sejak Januari tahun lalu," katanya.

Walaupun harga hanya kembali ke tahap sebulan lalu, pasaran saham global mula terkesan, dengan pelabur bimbang akan potensi lonjakan inflasi.

Harga minyak masih 10 peratus lebih rendah berbanding setahun lalu, namun ketegangan geopolitik yang berterusan mungkin menyebabkan jangkaan inflasi perlu disemak semula.

Selain itu, lonjakan permintaan terhadap dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai aset selamat turut berlaku, dengan indeks dolar mencapai paras tertinggi dalam enam minggu, mencatatkan kenaikan mingguan terbesar sejak April. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!