Pengganti Hassan Nasrallah, Hashem Safieddine sasaran terbaharu Israel

A
A
A

BEIRUT - Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menjadikan Hashem Safieddine iaitu pengganti pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah sebagai sasaran baharu.

Seorang pegawai tentera Israel memberitahu CNN, Hashem disasarkan dalam serangan Beirut antara Khamis dan Jumaat.

Hashem disebut-sebut sebagai pengganti Allahyarham Hassan Nasrallah, yang terbunuh dalam serangan Israel minggu lalu. Sehingga kini, masih belum jelas sama ada serangan yang berlaku di Beirut itu meragut nyawa Hashem. - Agensi/Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!