Gelap mata pulangan pelaburan jutaan ringgit, pengurus rugi RM140,000

Seorang pengurus sebuah syarikat swasta berputih mata apabila wang pelaburannya berjumlah RM140,000 lesap selepas menyertai pelaburan tidak wujud.Gambar hiasan
Seorang pengurus sebuah syarikat swasta berputih mata apabila wang pelaburannya berjumlah RM140,000 lesap selepas menyertai pelaburan tidak wujud.Gambar hiasan
A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang pengurus sebuah syarikat swasta berputih mata apabila wang pelaburannya berjumlah RM140,000 lesap selepas menyertai satu pelaburan tidak wujud.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman, kes bermula Mei lalu apabila lelaki warga tempatan berusia 47 tahun itu tertarik untuk membuat pelaburan berkenaan setelah melihat satu iklan pelaburan di laman Facebook yang menawarkan keuntungan lumayan sehingga mencecah jutaan ringgit.

Katanya, mangsa bertambah yakin dengan modus operandi sindiket berkenaan yang memberikan satu pengenalan diri bagi membolehkannya memantau sendiri status serta pulangan pelaburan.

"Mangsa melakukan 21 pemindahan wang ke tiga akaun bank berbeza.

"Pada peringkat awal, mangsa mendapat keuntungan sebanyak RM5,000 dan diyakinkan sekali lagi untuk membuat penambahan pelaburan sehingga mencegah RM124,000.

"Bagaimanapun, pada Khamis, mangsa membuat laporan polis apabila gagal mengeluarkan hasil keuntungan berjumlah RM9 juta dalam aplikasi terbabit," katanya.

Yusof berkata, kes itu disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!