Teka-teki terjawab, Nabila Razali hamil anak sulung

Perubahan bentuk badan Nabila mula ketara sejak bulan lalu.
Perubahan bentuk badan Nabila mula ketara sejak bulan lalu.
A
A
A

TEKA-teki peminat mengenai kehamilan Nabila Razali akhirnya terjawab selepas penyanyi dan pelakon terkenal itu berkongsi khabar gembira apabila sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan.

Nabila, 32, atau nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali meluahkan rasa syukur dan teruja atas anugerah yang diterima bersama suaminya, Nik Iruwan Nik Izani, 39 tahun.

“Alhamdulillah, saya dan suami sangat bersyukur dengan rezeki ini. Terima kasih atas doa dan sokongan semua.

Ini adalah saat yang sangat membahagiakan buat kami dan kami tidak sabar untuk berkongsi perjalanan ini dengan semua yang sudah menyokong kerjaya dan kehidupan saya,” katanya.

Nabila dan Iruwan kini menantikan kelahiran anak sulung.
Nabila dan Iruwan kini menantikan kelahiran anak sulung.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Tangis itu berkata, kerjaya seni masih diteruskan dengan pelbagai perancangan menarik yang sudah dirangka.

“Tidak dinafikan sekarang ini cepat penat dan lebih banyak berehat. Sebab sebelum ini bila bekerja, memang susah nak berhenti. Sekarang adalah waktu yang kita rasa nak tidur saja.

"Namun, saya masih komited dalam bidang seni terutama beberapa kerja yang sudah dirancang lebih awal. Apa pun, saya cuba untuk buat dengan sehabis baik,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Nabila berkata, dengan sokongan daripada keluarga, rakan-rakan, dan peminat setia, dia yakin fasa ini akan menjadi satu lagi bab indah dalam kehidupannya.

Nabila berkongsi khabar gembira apabila sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan.
Nabila berkongsi khabar gembira apabila sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan.

“Fasa ini sebagai titik permulaan dengan kesyukuran dan kegembiraan, di mana setiap detiknya menjadi satu pengalaman berharga yang pasti akan diabadikan dalam memori kehidupan sebagai satu bab yang penuh keindahan dan pengisian makna.

“Saya percaya bahawa fasa baharu ini juga menjadi sebuah cerita indah buat saya dan suami.

Doakan semoga perjalanan kehamilan saya ini dipermudahkan sehingga bersalin nanti,” katanya.

Terdahulu, Nabila dan suami selamat melangsungkan perkahwinan pada 18 November tahun lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!