UNL: Kylian Mbappe tercicir dalam skuad Perancis

Khidmat Mbappe terus diketepikan daripada skuad Perancis dalam aksi Liga Negara-Negara (UNL). - Foto: Agensi
Khidmat Mbappe terus diketepikan daripada skuad Perancis dalam aksi Liga Negara-Negara (UNL). - Foto: Agensi
A
A
A

KYLIAN Mbappe terus diketepikan daripada skuad Perancis untuk perlawanan Liga Negara-Negara (UNL) menentang Israel dan Belgium.

Mbappe, yang mengalami kecederaan otot ketika beraksi untuk Real Madrid bulan lalu, kembali beraksi untuk Los Blancos.

Pemain berusia 25 tahun itu muncul sebagai pemain gantian tetapi tidak mampu membantu Madrid mengelak daripada tumbang 0-1 di Lille dalam Liga Juara-Juara (UNL), semalam. Bagaimanapun, Didier Deschamps telah membuat panggilan untuk merehatkan Mbappe untuk perlawanan bulan ini.

"Dia mempunyai masalah yang tidak serius.

"Saya di sini bukan untuk mengambil risiko, itulah sebabnya Kylian tidak berada dalam senarai," katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Michael Olise daripada Bayern Munich telah dipanggil, manakala pemain Chelsea, Christopher Nkunku, turut dipilih buat kali pertama sejak Jun 2023.

Lucas Digne, yang sebelum ini dipanggil untuk menampung kecederaan, telah mengekalkan tempatnya selepas beberapa persembahan mengagumkan bersama Aston Villa.

Rakan sepasukan Mbappe di Madrid, Eduardo Camavinga juga tersenarai memandangkan selepas pulih daripada kecederaan lutut.

Artikel Berkaitan:

Perancis tewas kepada Itali dalam perlawanan pembukaan UNL tetapi bangkit dengan menewaskan Belgium 2-0. - Astro Arean/Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!