Grab Malaysia raikan wira negara bersama Rakan, Penghantar Grab

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Grab Malaysia meraikan kejayaan kontinjen Olimpik dan Paralimpik Malaysia yang telah mengukir nama dengan pencapaian yang menginspirasikan jutaan rakyat Malaysia, dalam satu majlis, baru-baru ini.

Sebagai tanda solidariti yang tulus kepada atlet-atlet ini, sebuah cek simbolik telah diserahkan kepada pemenang pingat bagi menghargai usaha keras dan kejayaan mereka.

No Image Caption

Para pemenang pingat dianugerahkan GrabFood percuma selama setahun. Selain itu, pemenang pingat emas, perak, dan gangsa masing-masing akan menerima 1 juta, 500,000, dan 250,000 GrabRewards. Kesemua 110 jurulatih dan pegawai juga menerima baucar GrabFood bernilai RM100.

Selain meraikan kemenangan para atlet, majlis tersebut turut dihadiri Orang Kurang Upaya (OKU) Rakan Grab untuk beramah mesra dengan mereka. Majlis tersebut memberikan peluang yang unik kepada Rakan Grab untuk berinteraksi dengan atlet-atlet negara, terutamanya para atlet paralimpik yang kisah ketabahan dan ketekunan mereka mencerminkan perjalanan peribadi mereka dalam menempuh cabaran.

No Image Caption

Grab Malaysia kekal komited untuk menyokong komuniti OKU, dengan lebih 3,100 OKU di seluruh Asia Tenggara menjana pendapatan melalui platform Grab.

Pengarah Urusan Grab Malaysia, Adelene Foo, berkata, pihaknya amat berbesar hati untuk memberikan penghargaan kepada atlet Malaysia yang telah mewakili negara dengan penuh kebanggaan di Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

“Prestasi luar biasa mereka di Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris bukan sahaja telah menyalakan semangat inspirasi di kalangan rakyat Malaysia, tetapi juga telah menyentuh hati Rakan OKU kami.

“Kisah ketabahan dan kegigihan mereka telah menjadi sumber kekuatan dan motivasi bagi Rakan OKU kami dan kami berasa sangat bangga untuk menyokong kejayaan mereka,”katanya di sini, hari ini.

No Image Caption

Rakan pemandu Grab, Abdul Halim Hapiz, berkata, acara tersebut merupakan satu pengalaman yang amat istimewa.

“Peluang bertemu dan mendengar kisah perjuangan atlet-atlet ini adalah satu pengalaman yang paling berharga untuk saya. Kegigihan mereka mengingatkan kita bahawa walau apa pun halangan yang ada, kita pasti boleh menghadapinya dan membanggakan negara kita,”katanya.

No Image Caption

Melalui acara ini, Grab Malaysia menegaskan komitmennya untuk menyokong komuniti di seluruh Malaysia termasuk rakan Grab dan atlet-atlet negara. Grab Malaysia turut berhasrat untuk terus memacu negara ke hadapan sambil membantu rakyat Malaysia mencapai impian mereka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!