Menang besar tak apa, jangan besar kepala - Mujahid

Nur Jazlan Mohamed, Mujahid Yusof Rawa
Nur Jazlan Mohamed, Mujahid Yusof Rawa
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed diingatkan supaya tidak bersifat angkuh dalam mengemukakan sebarang kenyataan.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata demikian bagi menempelak sindiran Nur Jazlan yang dikeluarkan pada Khamis.

"Saya tak main poker, jauh sekali mesin kuda.

"Menang besar tak apa, jangan besar kepala," katanya menerusi satu hantaran di aplikasi X pada Jumaat.

Sebelum ini media melaporkan, Nur Jazlan menggunakan perumpamaan permainan daun terup 'poker' dan beberapa sindiran lain untuk menekankan kepentingan PH menerima cadangan dan teguran.

Ujarnya, tindakan itu dilakukan agar perbezaan dalam Kerajaan Perpaduan dapat diselesaikan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, hanya UMNO, DAP dan GPS saja yang boleh diibaratkan sebagai pemain poker profesional yang tahu bila nak 'bluff', bila nak 'raise' serta mengambil risiko.

Pada masa sama, Jazlan turut memberi gambaran tidak menyenangkan terhadap Pas yang berharap dapat mengambil kesempatan daripada ketegangan antara UMNO dan PH.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!